Himalaya Hair Fall Series

By 11:40 AM , , , , ,

Assalamualaikum,

Hiiii finally friday ye dak, sape x suka friday angkat bulu hidung!!!! bahahaha

Ok lawak hambar.

Next,

Sebenarnya sebelum pindah rumah hari tu dah perasan dah yang rambut banyak sangat gugur, extreme sangat kadar keguguran rambut, orang kata 100 hari sehelai kan yang aku ni mau 1000 helai, kau hado???

dulu kalau buat pony tail mmg gengam x cukup jari la, tapi sekarang berlebih jari...


gulp..


So at first aku try Loreal Fall Repair Series tu, tapi maybe tak serasi, semua orang ade problem yang berbeza. Bukan tak sabar tapi yelah bila rasa risau tu dah mcm paras paras anak tekak je tu yang tak continue after habis 1 botol. 



Lepas habis loreal ni aku pun buat la research pasal rambut gugur sane sini, dr brand tak pernah dengar sampai la yang biasa dengar. Aku pun nekad la nak try Himalaya Hair Fall Series, tetibe la pulak jumpa forum pasal shampoo ni, ade bad review jugak... waaaa tak suka nya... aku pun mcm dah slow sikit nak beli.

Last friday masa balik dari kerja aku pun singgah la subang parade sbb SIL nak sunblock...biasalah budak baru masuk U kene kawad jadi kesihatan kulit harus dititik beratkan. On the way nak keluar aku nampak kedai Himalaya kecik je dekat2 dengan baskin robin tu, eh yeke? 

Aku pun masuk tanya pasal hair fall, too bad the SA is a guy, budak2 lagi and I think his knowledge about Himalaya not up to what I expect. Sebabnya aku kalau tanya memang banyak, yelah kekonon tak nak menyesal dikemudian hari. 

After tanya pasal the whole set, and atas nasihat die untuk orang macam aku yang yelah baru nak try ni die suggest untuk beli shampoo and conditioner je dulu. Dia cakap usually tak sampai satu botol dah boleh nampak. 

The good thing is harga shampoo & conditioner tu  RM24.90 for each, tp ade promotion so aku dapat RM20.00 for each. Muahahahahaha

Anti-Hair Fall Series

Shampoo
Conditioner

First time pakai shampoo die ok, bau pun just nice, tak de bau ubat pun. Masa bilas memang rasa kesat tak rasa licin langsung dan tak banyak buih, and it's actually bagus, from what I understand kalau kita bilas rasa kesat maknanya memang shampoo tu cuci habis segala minyak dengan kotoran lah. Correct me if i'm wrong.

Continue dengan conditioner pulak, pun sama xde bau ubat, tak terlalu wangi dan bau sangat lembut. Lepas bilas rambut rasa lembut dan lagi senang nak urus. Normal lah semua effect tu kan. 

Lap ala kadar je, tak payah tenyeh kuat-kuat pun takpe. Sebab tak elok rambut tgh basah kau tenyeh macam nak basuh bontot kuali. Lepas lap lap tu aku tak sikat pun, biar je kering sendiri dah kering baru sikat perlahan-lahan.

Lepas 2 hari tengok ade je rambut gugur. Frust. Banyak la kau nak frust baru 2 hari ye tak.


Semalam genap seminggu....


Bangun pagi dah takde rambut atas bantal. 

Takde rambut banyak yang terlekat kat sikat.

Masa basuh dah tak banyak yang gugur.

Rambut lembut -  semalam lepas mandi tertido, lap sekali & tak sikat. Bangun je rambut sangat lembut.
SANGAT LEMBUT okayh senang je nak sikat.

Aku tak menyesal beli dan akan terus pakai kot sampai bila - bila. Hah kau MD Himalaya sila senyum lebar-lebar.

Tu je la cerita aku. So macam aku cakap tadi lain orang lain serasi dia. Terpulang kepada individu lah samada efektif ke tak produk tu ye. Besok-besok kau beli pakai gugur pulak rambut jangan nak amuk kat aku pulak eh.

K, la esok sabtu, nak bangun lambat lah!

Tetiba sangat.

Kbai.

Till then....






You Might Also Like

0 comments